USIK-USIK
KAMUS MINDA
BLOG PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH BERKAITAN MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU
Wednesday, 5 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
JENIS-JENIS AYAT
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ayat perintah.
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Ayat contoh:
1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Ayat Tanya.
Digunakan untuk bertanya atau menyoal.
Ayat contoh:
1) Tetamu sudah tib
2) Buah itu sudah masak?
3) Mereka hendak menolong kita?
4) Sudah tibakah tetamu?
5) Sudah masakkah buah itu?
6) Hendak menolong kitakah mereka?
Ayat Penyata.
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
Ayat contoh:
1) Mereka berkumpul di padang sekolah.
2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
3) Bangunan sekolah sudah tua.
4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
Dimuat turun daripada:
http://www.tutor.com.my/stpm/jenis_ayat/jenis_ayat.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm
http://www.oocities.org/yus7441/ayatseruan.htm
Tuesday, 30 October 2012
PANTUN
Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.
Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.
Suasana di hari raya,
Banyak ampau di sana sini,
Kalau kita menjadi kaya,
Boleh beli apa saja yang diingini.
Turun merambat di petang Jumaat,
Berbekal nangka berbungkus sutera,
Jika kita mempunyai sahabat,
Bolehlah kita belajar bersama.
Gunung daik bercabang tiga,
Di tengah laut ada ikan,
Di telapak kaki ibu itu syurga,
Ibu menanggis jangan dibiarkan.
Anak kerbau terlanggar lori,
Ketika berjalan kakinya timpang,
Nasihat ayat saya ingati,
Ayah mengingati jangan dibantang.
Cuaca tenang dia sembunyi,
Ketika malam mencari rezeki,
Takbir raya sudah berbunyi,
Kita rayakan di aidilfitri.
Friday, 19 October 2012
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
Nota
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan
bersama-sama dengan
kata bilangan.
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu
benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.
penggunaannya.
Penjodoh Bilangan
|
Penggunaan
|
baris
|
Untuk
benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan
sebagainya
|
batang
|
Untuk
benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
|
biji
|
Untuk
benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
|
cucuk
|
Untuk
benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
|
das
|
Untuk
bunyi tembakan senapang atau meriam
|
ekor
|
Untuk
haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
|
gugus
|
Untuk
pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
|
ikat
|
Untuk
benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan
sebagainya
|
jambak
|
Untuk
benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak
kunci, buah-buahan, dan sebagainya
|
keping
|
Untuk
benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
|
ketul
|
Untuk
benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
|
laras
|
Untuk
senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
|
lembar
|
Untuk
benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
|
pasang
|
Untuk
benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan
sebagainya
|
sikat
|
Untuk
pisang
|
ulas
|
Untuk isi
buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
|
utas
|
Untuk
benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan
sebagainya
|
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh
Bilangan:
1. (a) Setiap
orang peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang
telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap
peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah
ditetapkan. (betul)
Penjelasan : Ada
kalanya penjodoh bilangan tidak
digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan.
|
2. (a) Encik
Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b) Encik
Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)
Penjelasan : Penjodoh
bilangan tidak diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak. |
3. (a) Ayu
memetik sejambak bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)
(b) Ayu
memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan : Penjodoh
bilangan perlu digunakan
bersesuaian
dengan konteks ayat.
|
Wednesday, 17 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)