LATIHAN

Bahasa Melayu Tahun 5 from cikgu paklong


KUIZ BAHASA MELAYU-TAHUN 4

TATABAHASA - Simpulan Bahasa




  1. Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
    1.  buah mulut
    2.  buah hati
    3. buah tangan
    4.  buah fikiran
  1. Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
    1. mati kutu
    2. mati lemas
    3. mati katak
    4. mati syahid
  1. Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
    1. air muka
    2. darah daging
    3. gaji buta
    4. titik peluh
  1. Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
    1. gelap mata
    2. mulut tempayan
    3. kepala angin
    4. cepat tangan
  1. Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
    1. beralih akal
    2. mencuci mata
    3. mencari jalan
    4. beralih angin
  1. _________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
    1. Salah langkah
    2. Langkah kanan
    3. Langkah seribu
    4. Langkah kiri
  1. Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
    1. besar kepala
    2. besar hati
    3. bekas tangan
    4. beri muka
  1. Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
    1. cahaya mata
    2. banyak mulut
    3. hidung tinggi
    4. tahi lalat
  1. Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
    1. tawar hati
    2. sampai hati
    3. iri hati
    4. buta hati
  1. Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
    1. ikat perut
    2. makan besar
    3. alas perut
    4. makan angin

JAWAPAN:


  1. A
  2. C
  3. D
  4. B
  5. D
  6. B
  7. A
  8. D
  9. C
  10. C






Bahasa Melayu Tahun 4

Penjodoh Bilangan.





  1. Ramli membeli ....................... jala sebagai hadiah kepada ayahnya.
    1. sepasang
    2. serawan
    3. sebentuk
    4. sekawan
  1. Pada lengan baju Adura terdapat dua ............... cat merah.
    1. ruas
    2. tompok
    3. bentuk
    4. untai
  1. Mak Minah membeli dua ..................... alas meja plastik.
    1. kajang
    2.  ruas
    3.  lembar
    4.  bidang
  1. Pasukan keselamatan menemui empat ..................... senapang di dalam gua di kaki bukit itu.
    1.  das
    2. bentuk
    3. laras
    4. puntung
  1. Khairul asyik melihat se................... semut itu berjalan meniti ranting pokok itu.
    1.  butir
    2. kawan
    3.  kelompok
    4. deret
  1. Najib membuat tabung daripada dua .................. buluh.
    1. ruas
    2. gelung
    3. tongkol
    4. deret
  1. Pak Ali menjual se................ nasi lemak dengan harga RM 1.20.
    1. lapis
    2.  bungkus
    3. naskah
    4. gulung
  1. Siti mengambil se.............. benang hitam untuk menjahit butang bajunya.
    1.  rawan
    2.  laras
    3.  lembar
    4.  ruas
  1. Ah Meng membeli sepuluh ............... telur puyuh untuk emaknya.
    1.   buku
    2.   blok
    3.   bentuk
    4.   butir
  1. Se................... gajah liar telah merosakkan ladang kelapa sawit di kampung itu.
    1.  kawan
    2.  deret
    3.  kelompok
    4.  kandang




JAWAPAN:

  1. B
  2. B
  3. A
  4. C
  5. D
  6. A
  7. B
  8. C
  9. D
  10. A












No comments:

Post a Comment